🎉 Use this promo code RPHPROMO10 at checkout to get MYR 10.00 off with minimum purchase MYR 100.00 🎉
About Us

Apakah Kelab Guru Malaysia?

Kami, Kelab Guru Malaysia, salah satu brand di bawah Harraz Evo Solution, mempunyai satu objektif utama dalam perniagaan: membantu masyarakat dalam membentuk modal insan yang hebat untuk Malaysia.

Tapi bagaimana kami dapat membantu?

Kami menyedari bahawa untuk membentuk modal insan bertaraf dunia, guru-guru sekolah adalah salah satu aset utama negara. Namun begitu, kami melihat para guru Malaysia kian terbeban dengan pelbagai jenis perubahan dalam dunia pendidikan serta masalah pelajar yang kian meruncing.

Oleh itu, webstore ini adalah salah satu cara kami membantu para guru Malaysia dalam meringankan beban tugas dengan menyediakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar dan rancangan pengajaran harian yang terbaik dan berkualiti.

Kami sedar inilah tanggungjawab sosial kami. Anda tidak keseorangan wahai para guru Malaysia.

Kami turut menawarkan harga yang berpatutan serta diiringi dengan diskaun dan tawaran yang meleleh untuk para guru yang kami sangat sanjungi.

Kami sangat menghargai anda kerana anda telah memilih kami sebagai webstore kesayangan anda.

Sila ringankan jari anda untuk meninjau webstore Kelab Guru Malaysia kami.

Kelab Guru Malaysia khas untuk anda!

Terima kasih kerana terus menyokong kami:)

 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share